Saturday 21 February 2015

Minit Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti
Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen, Kota Samarahan
Bil.1/2015
Tarikh  : 21 Januari 2015
Hari     : Rabu
Masa    : 1:20 petang
Tempat: Kelas Tingkatan 6A1
Kehadiran:  1. Cik Sarima Beni
                    2. Encik Simon Hon Lit Min
                    3. Puan Hayati Taizel
                    4. Puan Zaleha Bte Muhammad
                    5. Puan Ng Ai Fen
                    6. Puan Jacqueline Kaya
                    7. Puan Caroline

1.0       Ucapan alu – aluan
1.1       Cikgu Simon menerangkan tentang kepentingan buku kokurikulum. Beliau juga                       menegaskan bahawa setiap pelajar harus mempunyai buku kokurikulum agar dapat                   mencatat markah aktiviti kokurikulum.
1.2       Cikgu Simon mengharapkan kerjasama setiap pelajar tingkatan 6 dalam melaksanakan             aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti,.
1.3       Cikgu Simon menjelaskan aktiviti sepanjang tahun untuk Majlis Perwakilan Pelajar                 PraUniversiti.
Tindakan: Makluman
2.0       Pelantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti
            1. Debra Lika anak Watt                                 - Pengerusi
            2. Leeroy Garet anak Edwin Linggie              - Naib Pengerusi
            3. Fallisca Evon anak Berek                            - Setiausaha
            4. Jong Hao Cheng                                          - Penolong Setiausaha
            5. Erra Tasia anak Lowrence                           - Bendahari
            6. Shaggy Hensel anak Sirep                           - Penolong Bendahari
            7. Beatrice Sarika anak Warpaul                     - Ahli Jawatankuasa
            8. Mohd. Nurfarhanuddin bin Masri               - Ahli Jawatankuasa
            9. Ahmad Nuur Haadi bin Noorhezam            - Ahli Jawatankuasa
            10. Ma Kong Guan                                           - Ahli Jawatankuasa
            11. Jumaini bin Ahmad                                    - Ahli Jawatankuasa
            12. Azliana anak Rejar                                     - Ahli Jawatankuasa
            13. Sherlene Khung                                          - Ahli Jawatankuasa
            14. Mcarthur anak Michael                              - Ahli Jawatankuasa
Tindakan: Makluman
3.0       Perancangan Tahunan Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti
            1.         Sukan Tara pada 1 April hingga 2 April 2015
            2.         Kem Jati Diri pada 27 Februari
            3.         Hari Kokurikulum pada 23 April 2015 (Sabtu)
            4.         Pendaftaran dan Orientasi Tingkatan 6 Bawah pada bulan Mei
            5.         Senamrobik Wira Sihat anjuran Tingkatan 6 sempena Hari Guru pada 15 Mei         2015
            6.         Peraduan Mengarang Esei pada bulan Jun
            7.         Sukan Tahunan Tingkatan 6 pada 3 hingga 7 Ogos 2015
            8.         Program Kecemerlangan Akademik pada bulan September
            9.         Program Motivasi pada bulan Oktober
            10.       Majlis Makan Malam Tingkatan 6 pada 23 Oktober 2015 (Jumaat)
            11.       Majlis Graduasi Tingkatan 6 Atas pada 29 Oktober 2015
Tindakan: Makluman
4.0       Hal - hal Lain
4.1       Cadangan aktiviti bagi mengumpul dana untuk kegunaan Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti
Cadangan untuk mengadakan jualan untuk mengumpul dana pada Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Valentine (‘on line’) – bukan Islam , Hari Guru, Hari Sukan Sekolah, Hari Kokurikulum, Jogathon,dan Mesyuarat Agong PIBG. Ahli Jawatankuasa khas perlu dilantik untuk mengetuai program.
Tindakan:Ahli Jawatankuasa MPPU
            4.2       Cadangan Lawatan Sambil Belajar ke Miri
Lawatan ini dicadangkan untuk dijalankan pada 19 hingga 22 September 2015 iaitu pada hari Sabtu sehingga hari Selasa.
Tindakan: Makluman
            4.3       Cadangan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur
Lawatan ini dicadangkan untuk dijalankan selama 5 hari pada 8 hingga 12 Jun 2015 iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat.
Tindakan: Makluman
            4.4       Cadangan Majlis Graduasi Tingkatan 6 Atas diadakan di Hotel
Majlis Graduasi Tingkatan 6 Atas akan diadakan di sebuah hotel pada sebelah petang pada 29 Oktober 2015.
Tindakan: Makluman
            4.5       Cadangan Untuk Mendapatkan Tajaan
Cadangan ini dikemukakan bagi membantu menampung perbelanjaan lawatan sambil belajar ke Miri, Kuala Lumpur, dan Majlis Graduasi Tingkatan 6 Atas. Para pelajar digalakkan untuk memberi kerjasama dalam menjayakan usul ini.
Tindakan: Semua ahli persatuan
5.0       Penutup
Ucapan ketua guru Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti iaitu Cikgu Hayati. Beliau menegaskan bahawa kerjasama setiap ahli Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti dalam mencapai matlamat persatuan. Mesyuarat tamat pada 2:20 petang dan mesyuarat seterusnya akan diadakan pada perjumpaan yang akan datang.


Disediakan oleh,                                                         Disemak oleh,
                                                                                   
(FALLISCA EVON BEREK)                                     (DEBRA LIKA WATT)
Setiausaha,                                                                  Pengerusi,
Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti,                   Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti
SMK Wira Penrissen, Kota Samarahan.                    SMK Wira Penrissen, Kota Samarahan.

No comments:

Post a Comment