Friday 30 January 2015

LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRA UNIVERSITI SMK WIRA PENRISSEN 13/14 (October)



LAPORAN PROGRAM MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SEKOLAH MENENGAH WIRA PENRISSEN 13/14
TARIKH
10 OKTOBER 2014

TEMPAT
GROUND FLOOR BALLROOM
PENVIEW HOTEL
KUCHING, SARAWAK

ANJURAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WIRA PENRISSEN 14/15

TEMA
“BLOCKING COLOUR”
BUTIRAN PROGRAM 

 Nama Program   : Majlis Makan Malam Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMK Wira Penrissen 2013/2014 
 Anjuran  : Majlis Perwakilan Pelajar Universiti SMK Wira Penrissen

Tarikh : 10 Oktober 2014

Tempat : Ground Floor Ballroom, Penview Hotel, Kuching, Sarawak

Jumlah ahli jawatankuasa  : 14 orang
Perasmi Pembukaan : Yg Dihormati Tuan Haji Affandi bin Rosli ,Pengetua SMK Wira Penrissen


1.0  Pendahuluan

Majlis makan malam ini merupakan acara tahunan yang diadakan pada hujung semester pengajian setiap tahun. Tema-tema tertentu akan dipilih setiap tahun bagi memeriahkan lagi suasana majlis makan malam. Untuk sesi pengajian 2013/2014, tema “blocking colour” telah dipilih sebagai tema majlis makan malam kali ini. Tema ini dipilih sebulat suara oleh para pelajar. Majlis ini juga secara tidak langsung bagi meraikan pelajar tahun akhir SMK Wira Penrissen.

2.0  Aturcara Majlis

Majlis makan malam ini dimulakan dengan ketibaan para pelajar dan tetamu kehormat. Seterusnya, para hadirin dialu-alukan dengan persembahan pembukaan oleh pelajar enam bawah iaitu persembahan tarian ‘1 Malaysia’. Tarian ini menggabungkan kesemua jenis  tarian tradisional pelbagai etnik di Malaysia. Persembahan ini mengambarkan kepelbagaian budaya yang dimiliki oleh di SMK Wira Penrissen.

Majlis seterusnya dilengkapkan dengan bacaan doa oleh saudara Rafieezan bagi memberkati majlis agar berjalan dengan lancar. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Tuan Pengetua SMK Wira Penrissen Tuan Haji Affandi bin Rosli. Tidak lupa juga ucapan daripada guru tingkatan enam yang akan berpindah iaitu guru matapelajaran Pengajian Am, Puan Hajah Zaida binti Abu Zarin, guru matapelajaran Sejarah yang berhijrah ke Australia, Puan Luk Chiong Mee dan guru yang akan bersara, Cik Sannee Jaid Parker. Dalam ucapan mereka, terselit kata-kata nasihat dan dorongan kepada anak-anak murid sebagai bekalan untuk mengharungi peperiksaan akhir.

Majlis diteruskan lagi dengan jamuan makan malam dan sedang para hadirin enak menjamu selera, majlis diserikan dengan persembahan nyanyian oleh pelajar tingkatan enam bawah dan atas, saudara Leeroy Garet, saudari Nurfaiz dan Estella Blessings serta saudara Stallone dan saudari Lisa. Selain itu, para hadirin juga disajikan dengan persembahan tarian moden atau ‘Korean pop’ . Seterusnya, majlis juga  diserikan dengan acara cabutan bertuah.

Sebelum berakhirnya majlis makan malam, para hadirin disajikan dengan acara penganugerahan “MAN & LADY OF THE NIGHT”. Majlis berakhir pada pukul 11:00 malam.


AHLI JAWATANKUASA MAJLIS MAKAN MALAM

PENGERUSI
LEEROY GARET

URUSETIA
DEBRA LIKA ANAK WATT

HOSPITALITI
SANDRA SANGGIN & ELSIE LAI SZE LEI

MEDIA & PUBLISITI
AMYSHANIZA BT BOHARI & MOHAMMAD ZAFHAREEN

PENTAS & HIBURAN
ERRA TASIA, FRANKLEY, JENNIFFER JANE & ELINNITY

JAMUAN
ONG JUN YONG

KEWANGAN
ESTELLA BLESSINGS

SIAR RAYA
MUHAMMAD ZAMRI & JUMAINI BIN AHMAD

PENGACARA MAJLIS
LEEROY GARET




3.0  PENUTUP

Majlis makan malam ini memberi peluang kepada para pelajar untuk merapatkan hubungan sekaligus mewujudkan para pelajar yang bertanggungjawab dan bergerak aktif bagi mempertingkatkan pembangunan pelajar.


Disediakan oleh,                                                                                       30 Januari 2015
FALLISCA EVON BEREK
Setiausaha,
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti,
SMK Wira Penrissen.

       
Ketibaan Pengetua SMK Wira Penrissen



Pengacara Majlis

Ucapan alu-aluan daripada Presiden MPPU 13/14

Ucapan Madam Luk Chiong Mee yang akan berpindah.

Persembahan tarian pembukaan" 1 Malaysia Warisan Bangsa" oleh penari-penari Tingkatan 6 SMK Wira Penrissen


Nyanyian daripada pelajar Tingkatan 6 

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah

Pelajar Tingkatan 6 Atas

Pelajar Tingkatan 6 Atas

Barisan pentadbir sekolah


Tarian moden atau Tarian "KPOP" sebagai hidangan halwa,telinga dan mata.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pengelola pada majlis tersebut! Terus kan usaha!! Majulah Tingkatan 6 untuk Wira!!!

      Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti SMK Wira Penrissen telah diasaskan beberapa tahun yang lalu iaitu semasa Tingkatan 6 ditubuhkan pada 2008. Setiap pelajar Tingkatan 6 merupakan ahli MPPU secara automatik dan keahliannya tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Hal ini demikian kerana, Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti ini diasakan supaya pelajar tingkatan 6 mampu menguruskan pertubuhan dengan bimbingan guru dan bukannya diuruskan oleh guru sama sekali. Tambahan pula, usaha ini dpat dilihat secara positif kerana program-program yang dirancang dapat dilakukan secara berkesan serta lancar. Jelaslah di sini bahawa persatuan ini merupakan langkah proaktif yang dapat dilakukan dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber,dedikadi dan berdikari.
        
     Selain itu, Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti juga mempunyai persamaan dengan Majlis Perwakilan Pelajar Univerisiti atau Maljsia Perwakilan Para Siswa dan Siswi namun di peringkat Pra Universiti. Selepas penjenamaan semula Tingkatan 6, pelajar tidak lagi dikatakan sebagai Pelajar Tingkatan 6 tetapi pelajar Pra Universiti. Hal ini demikian kerana , kerajaan ingin menaiktarafkan pendidikan tingkatan 6 supaya selaras dengan pelajar Matrikulasi dan juga Asasi. Jelaslah di sini bahawa usaha tersebut terus dimartabatkan setiap sekolah dengan mengubah kod pemakaian selaps mendapat surat perkeliling daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Ternyata, melalui Majlis Perwakilan Pelajar Pra Univerisiti ini akan mendedahkan para pelajar tentang situasi apabila mereka melangkah masuk ke menara gading kelak.

     Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen 2014/2015 mempunyai Ahli EXCO iaitu :
Pengerusi : Debra Lika Ak Watt
Naib Pengerusi : Leeroy Garet Ak Edwin Linggie
Setiausaha : Fallisca Evon Ak Berek
Penolong Setiausaha : Jong Hao Cheng
Bendahari : Erra Tasia Ak Lowrence
Penolong Bendahari : Shaggy Hensel Ak Sirep

Barisan Ahli Jawatankuasa :
1. Jumaini bin Ahmad
2. Beatrice Sarika Ak Warpaul
3. Sherlene Khung
4. Azliana Ak Rejar
5.  Ma Kong Guan
6. Mcarthur Ak Michael
7. Mohd Nurfarhanuddin bin Masri
8. Ahmad Nuur Haadi bin Noorhezam

Dan mempunyai 79 orang ahli biasa.