Saturday 21 February 2015

Minit Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti
Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen, Kota Samarahan
Bil.2/2015
  Tarikh  : 27 Januari 2015
  Hari     : Selasa
  Masa    : 1:30 petang
  Tempat: Kelas Tingkatan 6A1
  Kehadiran:
  1. Debra Lika                          -Pengerusi
  2. Leeroy Garet                       -Naib Pengerusi
  3. Fallisca Evon                       -Setiausaha
  4. Jong Hao Cheng                 -Penolong Setiausaha
  5. Erra Tasia                            -Bendahari
  6. Shaggy Hensel                    -Penolong Bendahari
  7. Azliana                                -AJK
  8. Sherlene Khung                  -AJK
  9. Mcarthur                             -AJK
  10. Beatrice Sarika                  -AJK
  11. Ahmad Nuur Haadi          -AJK

  Yang turut hadir:
  Puan Hayati Taizel

  1.0              Ucapan Naib Pengerusi

  1.1              Naib Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli dan mengucapkan terima kasih kepada ahli      kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini.
1.2              Naib Pengerusi juga menjelaskan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan aktiviti yang akan dilakukan pada perjumpaan persatuan yang kedua.
1.3              Naib Pengerusi mengharapkan kerjasama ahli dalam melibatkan diri.
Tindakan: Makluman
2.0              Perbincangan Aktiviti

2.1              Cadangan-cadangan yang dikemukan oleh ahli-ahli persatuan untuk mengumpul dana persatuan dibincangkan. Cadangan-cadangan tersebut telah dipertimbangkan dan disenaraipendekkan. Hasil perbincangan telah membawa kepada pemilihan beberapa cadangan yang sesuai.
Tindakan: Semua AJK
2.2              Cikgu Hayati mengagihkan tugas kepada para AJK dalam mengendalikan aktiviti yang telah dipersetujui hasil perbincangan cadangan aktiviti. Semua AJK yang berkenaan dikehendaki menyediakan kertas cadangan tentang pelaksanaan program yang dikendalikan.
Tindakan: Semua AJK yang berkenaan
3.0              Perkara Berbangkit

3.1              Bagi menampung perbelanjaan aktiviti persatuan seperti lawatan sambil belajar ke Miri dan Kuala Lumpur serta Majlis Graduasi Tingkatan Enam. Persatuan memerlukan tajaan daripada pihak yang berkenaan agar dapat menjayakan aktiviti tersebut. Perbincangan ini telah membawa kepada pengagihan tugas dalam menyediakan kertas cadangan dan jadual aktiviti untuk dihantar kepada pihak penaja.
Tindakan: Semua AJK yang berkenaan
4.0              Penutup

4.1              Cikgu Hayati mengharapkan setiap ahli jawatankuasa menjalankan tugas masing-masing agar segala perancangan aktiviti persatuan berjalan dengan lancar dan tercapai. Mesyuarat ditangguh dan mesyuarat seterusnya akan diadakan pada perjumpaan yang akan datang.


Disediakan oleh,                                                         Disemak oleh,

(FALLISCA EVON BEREK)                                    (DEBRA LIKA WATT)
Setiausaha,                                                                  Pengerusi,
Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti,                    Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti
SMK Wira Penrissen, Kota Samarahan.                     SMK Wira Penrissen, Kota Samarahan.

No comments:

Post a Comment