Friday 30 January 2015

      Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti SMK Wira Penrissen telah diasaskan beberapa tahun yang lalu iaitu semasa Tingkatan 6 ditubuhkan pada 2008. Setiap pelajar Tingkatan 6 merupakan ahli MPPU secara automatik dan keahliannya tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Hal ini demikian kerana, Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti ini diasakan supaya pelajar tingkatan 6 mampu menguruskan pertubuhan dengan bimbingan guru dan bukannya diuruskan oleh guru sama sekali. Tambahan pula, usaha ini dpat dilihat secara positif kerana program-program yang dirancang dapat dilakukan secara berkesan serta lancar. Jelaslah di sini bahawa persatuan ini merupakan langkah proaktif yang dapat dilakukan dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber,dedikadi dan berdikari.
        
     Selain itu, Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti juga mempunyai persamaan dengan Majlis Perwakilan Pelajar Univerisiti atau Maljsia Perwakilan Para Siswa dan Siswi namun di peringkat Pra Universiti. Selepas penjenamaan semula Tingkatan 6, pelajar tidak lagi dikatakan sebagai Pelajar Tingkatan 6 tetapi pelajar Pra Universiti. Hal ini demikian kerana , kerajaan ingin menaiktarafkan pendidikan tingkatan 6 supaya selaras dengan pelajar Matrikulasi dan juga Asasi. Jelaslah di sini bahawa usaha tersebut terus dimartabatkan setiap sekolah dengan mengubah kod pemakaian selaps mendapat surat perkeliling daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Ternyata, melalui Majlis Perwakilan Pelajar Pra Univerisiti ini akan mendedahkan para pelajar tentang situasi apabila mereka melangkah masuk ke menara gading kelak.

     Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen 2014/2015 mempunyai Ahli EXCO iaitu :
Pengerusi : Debra Lika Ak Watt
Naib Pengerusi : Leeroy Garet Ak Edwin Linggie
Setiausaha : Fallisca Evon Ak Berek
Penolong Setiausaha : Jong Hao Cheng
Bendahari : Erra Tasia Ak Lowrence
Penolong Bendahari : Shaggy Hensel Ak Sirep

Barisan Ahli Jawatankuasa :
1. Jumaini bin Ahmad
2. Beatrice Sarika Ak Warpaul
3. Sherlene Khung
4. Azliana Ak Rejar
5.  Ma Kong Guan
6. Mcarthur Ak Michael
7. Mohd Nurfarhanuddin bin Masri
8. Ahmad Nuur Haadi bin Noorhezam

Dan mempunyai 79 orang ahli biasa.



No comments:

Post a Comment