LAPORAN
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH TINGKATAN 6
SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN WIRA PENRISSEN 2015
1.0 Pendahuluan
Pada tanggal 10 hingga 11 April
2015 yang lalu, telah diadakan ‘Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar Pra-U sesi
2014/2015’ yang bertempat di Sumiran Eco Farm, Rantau Panjang, Batu Kawa.
Bertemakan ‘Sahsiah Dinamik Kurikulum Cemerlang’, program ini telah disertai
oleh semua pelajar tingkatan 6 dan guru-guru akademik tingkatan 6. Objektif
program ini adalah untuk meningkatkan motivasi dan memantapkan sahsiah serta
keyakinan diri pelajar tingkatan 6 yang bakal menduduki peperiksaan penggal 2.
Program ini juga diharapkan dapat membantu pelajar untuk dapat berfikir secara
kreatif dan kritis dalam merancang dan melakukan program serta memberi peluang
kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan keupayaan, seterusnya memupuk
semangat kerjasama antara pelajar. Rasionalnya, para pelajar akan mempunyai
keseimbangan antara mental dan sahsiah. Pelajar juga akan mempunyai bakat dan
kebolehan yang pelbagai, minat dan potensi diri yang boleh dimajukan sekali gus
boleh dimantapkan lagi dengan unsure nilai-nilai murni seterusnya progresif
dalam pembelajaran.
2.0 Aturcara aktiviti
Setibanya di lokasi perkhemahan, para
pelajar telah diberikan taklimat mengenai aktiviti program dan diikuti dengan
taklimat keselamatan sepanjang berada di lokasi perkhemahan. Kemudian, para
pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 8 buah
pasukan aktiviti dan agihan untuk kumpulan khemah. Pelajar lelaki dan perempuan
diasingkan melalui tapak perkhemahan yang berasingan. Aktiviti diteruskan
dengan para pelajar untuk mendirikan khemah masing-masing mengikut kumpulan
yang telah ditetapkan.
Selesai mendirikan khemah, para
pelajar berkumpul di khemah induk untuk aktiviti “ice breaking”. Setiap kumpulan telah diberikan nama kumpulan yang
berdasarkan filem-filem popular seperti,
‘Transformer, Pink Panther, Inspector
Gadget, Pirates of Carribean, Hawaii Five-O, The Avengers, Mission Impossible dan X-Men’. Sebagai akiviti dalam kumpulan,
setiap kumpulan dikehendaki mencipta bendera kumpulan, moto kumpulan, visi dan
misi serta sorakan semangat kumpulan. Para pelajar juga dikehendaki untuk
menghafal tarikh lahir dan warna kesukaan setiap ahli. Seterusnya, setiap
kumpulan akan membentangkan hasil kerja dan diajukan soalan mengenai tarikh
lahir dan warna kesukaan ahli kumpulan. Setelah itu, para pelajar diberikan masa
rehat untuk makan tengah hari dan solat Jumaat bagi pelajar Islam.
Selepas rehat, waktu para pelajar
dipenuhkan dengan aktiviti ‘jungle
futsal’ dan ‘team building games’. Aktiviti-aktiviti
ini menguji kesabaran dan kerjasama setiap ahli kumpulan untuk melaksanakan
aktiviti dengan jayanya. Tiba waktu
malam, sesudah selesai pengurusan diri dan makan malam, program diteruskan
dengan ‘campfire’ dan ‘talent show’. Untuk aktiviti ‘talent show’ setiap kumpulan diberikan
masa 15 minit untuk membincangkan persembahan secara berkumpulan. Antara
persembahan ialah menari, menyanyi dan berlakon. Setiap persembahan yang
dipersembahkan menggambarkan kreativiti setiap kumpulan dalam memeriahkan program
pada malam itu. Selepas persembahan, para pelajar serta guru-guru dan para
pelatih bersama-sama menghiburkan diri dengan tarian ‘trademark’ kem Sumiran, tarian Jamilah dan tarian ‘penguin’. Setelah itu, para pelajar
dibenarkan untuk balik ke khemah masing-masing.
Pada keesokan hari, waktu pagi
pelajar dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Para gugu juga turut serta dalam
aktiviti tersebut. Setelah penat bersenam, para pelajar menikmati sarapan pagi.
Selesai bersarapan, pelajar berkumpul di khemah induk untuk mendengar ceramah
motivasi daripada pemilik kem iaitu Encik Sudaryo. Ceramah dan kata-kata
dorongan beliau diharapkan akan dijadikan sebagai bekalan dan memberi kesedaran
kepada setiap pelajar dalam menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar.
Seterusnya, program diteruskan
dengan aktiviti ‘explorace’.
Sepanjang ‘explorace’, banyak cabaran
yang perlu dilaksanakan oleh pelajar. Cabaran pertama adalah memakai kasut
tanpa menggunakan tangan sendiri. Cabaran ini memerlukan kerjasama dalam
kalangan ahli. Kemudian, diikuti dengan cabaran menyanyikan sebuah lagu dalam
bahasa Jawa dan Indonesia serta mengucapkan terima kasih dalam bahasa Jawa. Cabaran
‘detour’ iaitu pilihan antara cabaran
‘crack-the-code’ atau menjawab 12
soalan kuiz. Selesai cabaran tersebut, petunjuk seterusnya membawa pelajar
kepada cabaran ‘blind trail’.
Seterusnya, cabaran menyepak bola dengan mata tertutup. Cabaran seterusnya
sekali lagi cabaran ‘detour’ antara menghabiskan sebiji buah tembikai atau
sebiji telur mentah. Setelah itu, para pelajar dikehendaki bergambar dengan
seekor ular ‘python’ sebelum menuju
ke cabaran seterusnya iaitu, ‘obstacle
course’ yang merangkumi cabaran seperti ‘mud-crawling’,
‘body balance challenge’, dan ‘climb-over the wall’. Kemudian, cabaran
melontar bola ke dalam bekas air dan ‘water
activity’. Cabaran ‘water activity’
juga merupakan cabaran ‘detour’ iaitu
berkayak atau berenang. Cabaran terakhir iaitu ‘flying fox’, yang merupakan antara aktiviti yang paling popular
dan digemari oleh setiap pelajar.
Selesai aktiviti tersebut, para
pelajar mula membersihkan diri dan makan tengah hari sebelum bersiap sedia
untuk pulang. Sebelum bertolak, program perkhemahan ini diakhiri dengan majlis
penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pelajar. Pihak sekolah juga
mengambil kesempatan ini untuk menghadiahkan cenderahati kepada pihak penganjur
Sumiran Eco Farm sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima kehadiran para
pelajar tingkatan 6 SMK Wira Penrissen.
3.0 Penutup
Ringkasnya, program perkhemahan ini
telah melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi.
Perkhemahan ini walaupun sangat singkat waktunya telah mencipta sebuah kenangan
yang amat bermakna buat semua pelajar tingkatan 6 mahupun guru-guru yang
terlibat. Program ini secara tidak langsung memupuk semangat bersaing yang
tinggi dalam setiap pelajar dan memberi pengajaran kepada pelajar dalam
mewujudkan pelajar yang progresif dalam pembelajaran.
Disediakan
oleh, 9
MEI 2015
(FALLISCA
EVON BEREK)
Setiausaha,
Majlis
Perwakilan Pelajar Universiti,
SMK
Wira Penrissen.
No comments:
Post a Comment